Sunday, May 10, 2009

Mengapa perlu berkahwin?

Apakah pandangan anda mengenai perkahwinan? Adakah ia sekadar memenuhi kehidupan, mengikut hawanafsu semata-mata, mengikut fitrah rasullah, kehendak ibubapa kita, dan sebagainya. Apa pun jawapan yang terlintas dalam fikiran anda, yang harus diutamakan dalam menjalani kehidupan seharian dan kerjaya adalah berapa lama masa anda habis untuk bekerja, keluar dating, bersama keluarga, bersama sahabat , dan lain-lain. Pernahkah anda terfikir masa yang kita bazirkan itu mendatangkan manfaat kepada anda. Pernahkah anda bertanya kepada diri, adakah kamu seorang suami/isteri kepada isteri/suami yang memenuhi kehendak masing-masing? adakah kamu sentiasa bertanya kepada diri kemana halatuju kamu 5 tahun , 10 tahun @ 20 tahun selepas mendirikan rumahtangga? Berapa orang anak? Adakah zaman bercinta anda sama selepas zaman anda mendirikan rumahtangga?

Sebelum mendirikan rumahtangga harus memilih pasangan yang sesuai dan serasi dengan anda. Adakah itu sahaja yang perlu diukur? Kalau jawapan anda tidak nayatakan sebabnya. Kalau jawapan anda ya alamatnya rumahtangga anda tidak akan dapat bertahan lebih lama. Kenapa begitu? Islam mengariskan beberapa panduan dalam memilih pasangan hidup yang paling utama adalah seseorang itu mesti berpegang ajaran agama islam. Berpegang agama islam tidak cukup anda mesti mendalami, menjiwai barulah anda memahami perkara yang dibenarkan dan dilarang dalam islam. Apakah yang dilarang dalam islam? Kita berbalik soal perkahwinan, apa yang dilarang dalam islam semasa bercinta? Adakah bercinta dahulu baru berkahwin @ berkahwin dulu baru bercinta mana yang lebih baik? Apa pun pandangan anda yang penting harga diri harus dijaga. Dalam pergaulan yang paling utama adalah batas antara lelaki dan perempuan harus dijaga jangan sampai bertepuk-tampar antara lelaki dan perempuan perbuatan itu haram disisi agama.

Adakah buah hati anda adalah seorang yang bertanggungjawab, bertolak-ansur, penyayang, baik hati dan sebagainya. Adakah semua sifat yang ada pada buah hati anda memenuhi kehendak diri anda. Apakah sifat yang anda suka dan tidak suka pada buah hati anda. Adakah semua manusia dalam dunia ini sempurna? Apakah yang dimaksudkan sempurna? Setiap manusia mesti ada kelebihan dan kekurangan dalam diri. Apakah kelemahan itu lebih daripada kebolehan? Sekiranya kelemahan itu tidak dapat diatasi apakah cara yang paling praktikal untuk mengatasinya. Adakah anda sekadar berdiam diri @ anda buat x kisah je? Siapakah idola anda untuk mengatasi kelemahan diri? Adakah dengan motivasi, nasihat, dan lain-lain cara boleh merubah kelemahan anda? Allah pernah berfirman yang bermaksud :
Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu merubah nasib kaumnya sendiri. Adakah anda faham dengan maksud diatas. Pernahkah anda mendengar? Kalau pernah kenapa tidak menghayatinya?

Semoga para pembaca dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang menempuhi alam perkahwinan yang penuh banyak ragam dan dugaan. Semoga para pembaca dapat menilai dan berfikir dalam setiap tindakan yang diambil.

Tuesday, March 17, 2009

TEPAK SIREH SERVICES

SIAPA YANG INGIN MENGIKUTI KURSUS PRA-PERKAHWIN SILA HUBUNGI:
012-2140937 ( JOHARI)

ADDRESS : NO. 6A TINGKAT 3, JALAN JELATEK SATU, JELATEK BUSINESS PARK, 54200 KUALA LUMPUR.
(BERHAMPIRAN DEGAN STESEN LRT SETIAWANGSA).

YURAN : RM 80

SEMUA PENCERAMAH YANG AKAN MENYAMPAIKAN CERAMAH DARI JAWI, JAKIM.
SIJIL KURSUS KAHWIN DI IKTIRAF OLEH JAIN.

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI NO. TERTERA DIATAS.

KURSUS AKAN DIJALANKAN SETIAP HUJUNG MINGGU.
MASA KURSUS : 2.00 PTG - 8.00 MALAM (SABTU)
8.00 PG - 5.00 PTG ( AHAD)

BOLEH LA BUAT TEMPAHAN SEKARANG............